Pages

10.8.12

Iklan Raya Terbaik Adalah Iklan Petronas Pada Tahun 2006

www.tips-fb.com





Setakat penelitian aku, iklan raya tahun 2006 paling menyentoh hati. Kalau anda semua maseh ingat, iklan 'Atuk jangan lupa pakai lampin taaauuu.' mempunyai banyak mesej yang tersirat dan tersurat:

1) Tahu dah orang tua  kita tu tengah susah, tak perlu tunggu orang tua kita panggil suruh tolong. Pergi sahaja. Dalam hati mereka, sangat mengharapkan pertolongan daripada kita. Tetapi mereka tak mahu beritahu sebab nak uji sama ada kita ini nak balas budi mereka atau tidak. Kalau dalam iklan ni, ayah dia tak suruh dia tolong suapkan, tolong ambilkan lauk, tapi anak dia tak dapat 'mesej' dia. Anak dia terus menyalahkan ayah dia, padahal tugas dialah yang sepatutnya tolong suapkan, tolong ambilkan makanan dan tolong kemaskan alatan untok makan.

2) Orang tua kita, semakin tua, semakin dia nak dekat dengan kita. Kalau kita jauh-jauh dengan dia, dia akan kenang balik zaman dia dulu-dulu. Mak ayah kita sibuk, tapi sempat suapkan kita makanan. Mak ayah kita sibuk, tapi sempat susukan kita. Mak ayah kita sibuk, tapi sempat check kerja rumah kita. Kita? Dah besar, dah kerja, duit banyak, isteri lawa, anak pandai, tapi haram tak ada nak hargai mak ayah kita. Kita rasa, mereka lagi suka duduk seorang diri. Padahal,apa yang dia nak adalah kemeriahan bersama-sama keluarga.

3) Kita perlu ingat bahawa selepas umur kita 60 tahun, perangai kita berubah menjadi kanak-kanak semula. Umur 60 adalah umur return to the age, di mana semua orang akan berperangai ke belakang. 1-59 tahun semakin tua, 59-100 tahun semakin muda, malah semakin kebudak-budakan. Mereka perlukan jagaan seperti kanak-kanak, perlu rakan-rakan se'usia' dengan mereka, sebab itulah ramai orang tua suka berkawan dengan kanak-kanak. Sebab mereka ni dah semakin kekanak-kanakan. Maka, bila kita dah kahwin, tolonglah bentuk anak-anak yang tak sombong kerana anak anda itulah menjadi rakan karib ibu dan ayah anda.

4) Jangan sesekali ingat bahawa mak ayah kita tak tahu apa yang kita borakkan. Bila dah tua, jangan ingat orang tua kita bodoh-bodoh belaka. Mereka sebenarnya lebih sensitif daripada apa yang kita tahu. Jadi, janganlah ingat segala perbualan, perkataan, perbuatan yang kita nak sorokkan mak ayah kita tak tahu. Mereka lebih tahu daripada kita. Cuma,mereka tak cakap pada kita. Mereka diamkan dan menangis kerana kita tidak kongsi apa yang kita ada. Padahal dahulu, dengan mak ayah kitalah tempat kita luah perasaan, dan kepada merekalah kita kongsi segala-galanya.

5) Carilah suami/isteri yang sesuai dan sayangi mak ayah kita macam mak ayah mereka sendiri. Jangan cari pasangan macam suami perempuan dalam video ni. Hampas, gedik, sombong, barua, jual ikan, dan segala macam perkara negatif. Kita jangan terlalu mencari pasangan yang baik dengan kita sahaja. Carilah pasangan  yang baik dengan orang tua. Perangai suami perempuan tu sangat sangat tak baik. Mimik muka dia pun dah menunjukkan 'kenapalah orang tua ni tak mati?'.
6) Bimbinglah anak sebaik-baiknya. Jangan sampai anak-anak yang membimbing kita.
7) Akhir sekali, masa hari raya khususnya, ciumlah tangan mak ayah tanpa mengharapkan balasan. Minta maaf pada mereka, dan beritahu bahawa kita sangat berterima kaseh kepada mereka yang telah berjaya membesarkan kita.

Selamat mencari Malam Qadar! Insha Allah, minggu ini aku free, dan mencuba update blog ini setiap hari selepas hampir sebulan tidak update! 

2 comments:

  1. iklan bernas tahun ni pun ok juga . :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye? bg link bole? trimas.. :)

      Delete