Pages

22.10.10

Kenapa Mata Pelajaran Sejarah Membosankan?

www.tips-fb.com

Aku dah lupa sejak bila aku mula meminati subjek Sejarah. Setahu aku,masa aku sekolah rendah, minat aku lebih cenderung kepada dunia Sains. Aku ingat lagi, masa aku darjah empat, aku ada buat satu buku tentang dunia Sains. Masa tu aku sangat excited nak belajar Sains kerana masa tu, Sains hanya diajar setelah masuk ke darjah empat. Bukan macam sekarang,budak tadika pun dah belajar Sains.

Dalam buku Sains aku tu,aku letaklah macam-macam hipotesis mengarut aku tentang putaran bumi,susunan planet-planet,kenapa susu cepat basi berbanding biskut,macam mana tuala boleh kering cepat dan macam-macam. Yang paling aku ingat,salah satu hipotesis aku adalah, matahari menyerap air pada kain jemuran.Sebab tu cepat kering kalau kain dijemur kain di tengah mentari terik.Pandai betul aku masa tu.

Tapi perasaan cintakan Sains aku tu lenyap serta-merta dan perasaan cintakan Sejarah pula menyusul.Aku tak pasti kenapa aku minat subjek ni. Seingat aku,masa aku tingkatan satu, aku pun antara budak yang bengap juga dalam bidang Sejarah ni.Masuk tingkatan dua, mendadak naik prestasi aku apabila aku dapat 100% ujian pertama tingkatan dua. Kemudian menyusul dan akhirnya,Sejarah menjadi satu subjek 'Must A' aku selepas Bahasa Melayu dan Pendidikan Agama Islam.

Naik tingkatan empat,kecintaan aku terhadap Sejarah ni meluap-luap.Walaupun aku jarang-jarang mendapat A,tetapi aku terasa dahagakan(sastera betul ye) pengetahuan tentang Sejarah sampailah sekarang,ketika aku menulis ini pun,aku benar-benar cintakan Sejarah.

Tapi bak kata pepatah negara Congo, 'If you love sambal belacan,there have ten people hate sambal belacan'.Macam pelajaran Sejarah,rupa-rupanya tak ramai yang sukakan matapelajaran ini. Mereka kata Sejarah adalah killer subject,dengan erti kata lain,orang yang tak sukakan pelajaran ini pasti berkata, "Sumpah,inilah kali terakhir aku ambil Sejarah."

Dalam silibus matapelajaran tingkatan 1 hingga 3,Sejarah mengajarkan tentang cerita-cerita dalam negara.Tidak banyak yang berkaitan dengan negara lain.Paling jauh pun dekat China dan India.

Manakala dalam silibus pelajaran tingkatan 4 dan 5,pelajarannya lebih kurang sama tetapi dalam tingkatan 4,hanya 20% sahaja yang mengajarkan tentang cerita luar negara.

Pelajaran Sejarah adalah matapelajaran wajib yang WAJIB(kalau tak buat,haram) untuk diajar disemua sekolah selain Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Matematik. Antara tujuan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mewajibkan pelajaran ini adalah untuk memantapkan pengetahuan am dan membina jati diri yang kukuh dalam kalangan pelajar Malaysia.

Masalahnya,Kenapa Pelajar Ramai Kata Sejarah Ini Satu Subjek Yang Membosankan?

Pergilah tanya kawan-kawan,anak-anak,cucu-cucu,adik-adik atau tanya budak yang baru balik sekolah,berapa ramai yang sukakan subjek ni.Tak ramai.

Antara alasan yang biasa yang diberikan oleh murid-murid jenis ini adalah:

1) "Boring la...Kenapa perlu belajar benda yang dah lama berlaku?"

2)"Pelajaran ni sikit pun takde kena mengena dengan kehidupan aku.Kenapa nak belajar?"

3)"Mengantuk!Cikgu bercerita benda yang aku tak paham!"

4)"Kita kat Malaysia la..Bukan kat Eropah nak belajar pasal Zaman Gelap Eropah!"

5)"Pelajaran Sejarah ni buat aku rasa nak muntah membaca."


Atau secara poinnya,inilah faktor mengapa Sejarah dianggap membosankan:


1)Pelajar tak faham sebab diorang kena belajar Sejarah.

Ya,inilah kunci utama sebab mengapa orang langsung tak minat sejarah.Diorang tak nak fikir apa yang berlaku sebelum merdeka.Diorang langsung tak nak tahu apa yang berlaku di Eropah,di Madinah,Kerajaan Agraria,Tamadun-tamadun yang membosankan kerana diorang beranggapan bahawa semuanya tidak ada kena mengena dengan diri diorang.

Zaman dah merdeka,semua orang ada telefon bimbit,semua rumah ada Astro.Kenapa perlu belajar lagi tentang cerita zaman purba?Itulah antara mentaliti murid zaman sekarang.Ini sebab mereka tak faham keperluan untuk mempelajari cerita-cerita purba.Bagi mereka,untuk memantapkan diri mereka supaya menginsafi diri daripada cerita-cerita Sejarah,sangat jauh. Kalau diorang insaf pun,apa yang mereka mampu lakukan?

2)Cikgu dalam kelas membaca,bukan mengajar.

Ni pun satu hal.Ada beberapa cikgu cikgi yang kerjanya membaca,dan balik.Benda ni terjadi kat salah seorang member aku.Cikgu dia mengajar menghadap buku teks.Budak lain tidur pun dia buat tak kisah je.Memang,Sejarah ni adalah subjek cerita.Jadi,cikgu-cikgu yang takde cerita ni akan bergantung 100% pada buku teks.Kalau ada cerita pun,budak-budak tak minat,sebab... benda ni aku akan cerita lepas ni.

3)Peranan media dan politik tempatan

Media hari-hari cerita pasal politik.Dalam surat khabar,terutamanya Utusan Malaysia dan Berita Harian,mesti ada cerita pasal politik.Dan tak lupa,setiap remaja Malaysia telah disematkan bahawa kanak-kanak berumur 21 tahun di bawah tidak boleh terlibat dan ada kena mengena dengan politik.Politik adalah berbahaya.Sesiapa yang bercakap tentang PAS dan Keadilan,pasti akan dikecam,dan mungkin dibisukan.Sesiapa yang pakai baju orang berserban, baju itu pasti mendapat perhatian dan dijeling tajam.

Jadi,cip dalam otak remaja pelajar sekolah Malaysia telah ditanamkan untuk tidak ada kena mengena dengan politik Malaysia.Dalam subjek Sejarah,perkataan UMNO,MCA dan MIC dan PAS menjadi satu benda yang sangat asing,dan tidak ada kena-mengena dengan kehidupan pelajar.Jadi bagi mereka,politik yang diajar tu sia-sia dan mereka tak dapat nak menghubungkan situasi semasa dengan pelajaran yang diajarkan.

Oleh sebab itu,budak Malaysia rasa malas nak fikir pasal Sejarah.

4)Silibus yang kurang memberansangkan

Aku pun kadang-kadang terfikir juga,kenapalah aku kena belajar banyak tamadun purba dan pelbagai lagi benda yang mengarut seperti perkembangan di Eropah dan Nasionalisme di Asia. Sebenarnya,kementerian perlu mengkaji semula silibus sekarang supaya sesuai dengan mentaliti pelajar sekarang.

Kita tak boleh kalau budak malas membaca,kita tambahkan lagi bahan bacaan supaya mereka suka membaca.Itu bukan suka,tetapi itu terpaksa.Mereka terpaksa membaca untuk lulus cemerlang peperiksaan.

Sepatutnya kementerian perlu membuang beberapa bab yang dirasakan tidak perlu agar murid-murid dapat membaca dengan seronok.Biarkan pelajar-pelajar berasa bahawa Sejarah subjek yang praktikal dengan menambahkan beberapa bab yang bukan sekadar peristiwa pembentukan negara,tetapi haruslah diimbangi dengan kehidupan sosial zaman sekarang seperti bidang muzik,bidang perfileman dan bidang sukan.

Ceritakanlah sejarah-sejarah sukan negara.Ini adalah subjek sejarah,lalu mengapa tidak diajar tentang sejarah dari pelbagai sudut?

5)Soalan peperiksaan Sejarah yang mengarut

Inilah poin besar kenapa orang suka gagal daripada lulus dalam Sejarah ni.Kalau aku,aku paling benci bila soalan Sejarah bertanya pasal tamadun purba.Bayangkan,ada dua tiga soalan macam "terangkan gerakan nasionalisme di Filipina." atau "jelaskan ciri-ciri sistem demokrasi di Athens." yang memaksa pelajar untuk memberi lebih lima jawapan.

Tolonglah.Budak ada banyak lagi benda nak dibaca.Kesian.Ada so0alan yang susah,soalannya pendek,tapi pemberian markahnya banyak.Jadi,pelajar perlu menulis jawapan yang sama banyak dengan markah.

Contohnya,

"Terangkan sebab pembukaan Makkah dibuka secara aman. (10 markah)"

Jadi,pelajar terpaksa memerah otak dengan perahan yang banyak untuk dapatkan 10 jawapan bagi mendapat markah bagi setiap jawapan.Satu markah,satu jawapan.Takde jawapan,takde markah.

Padahal,kalau soalan yang macam ni,untuk meningkatkan jati diri pelajar,hanya perlu dua tiga jawapan sudah mencukupi.Soalan-soalan yang memaksa pelajar bergebang dan melalut inilah membuat pelajar bosan dengan Sejarah. Soalan yang sepatutnya ada jawapan yang sedikit,tapi dipaksanya pelajar untuk buat banyak jawapan.

Atau lebih tepat,soalan-soalan Sejarah membentuk pelajar TERPAKSA menghafal buku teks padahal pelajar cepat bosan untuk menghafal buku teks.

...................................................

Memang inilah antara sebab-sebab kenapa orang tak suka belajar Sejarah,kebanyakannya tidak suka.Seperti yang aku berikan tadi,kerajaan memang patut merombak Sejarah ini.Sepatutnya pelajaran ini menjadi satu subjek yang sangat praktikal,dan membuatkan pelajar berminat.

Walaupun aku menyukai,menyintai dan membontoti(bukan lucah,tengok Kamus Dewan maksud perkataan ini)pelajaran ini,tetapi aku berasa kasihan dengan pelajar-pelajar yang tak suka pelajaran ni.Malah,aku lagi kesian dengan kementerian yang menggubal subjek ni.Menggubal main punya lagi.Tapi sambutan tak menggalakkan.

Cuma,apa yang aku harapkan kepada orang lain yang tak minat langsung subjek ni,cubalah cintai Sejarah.Cuba baca surat khabar, dan cuba ambil tahu apa yang berlaku di sekeliling.Secara tak langsung,korang akan mengkaji melalui subjek ini.

Aku mungkin dah tak suka Sains lagi sebab Sejarah telah bertakhta.Tapi sebagai pelajar,aku sedar, semua subjek yang diajar sangat penting untuk pembangunan diri kita menghadapi beberapa keadaan suatu hari nanti.Satu lagi,aku harap,cikgu-cikgu Sejarah aku tak kecik hati dengan apa yang aku tulis.Ini pendedahan yang harus ditelan bersama.Aku tetap cintakan Sejarah.Betul,tak tipu.

Oh,satu lagi,Sejarah juga perlu telus dalam penulisan.Jangan berat sebelah dan jangan agungkan penjajah.Penjajah semua syaitan.

7 comments:

  1. Salam.
    I would agree 100% with the reasons you stated above. Dulu,memang sangat xminat sejarah. Mengantuk,cikgu tak masuk kelas dan sebagainya.
    'Dah lah sejarah dulu,perlu ke?' this is one of the question i keep asking. Tapi,disebabkan belajar, i tried my best in SPM. Alhamdulillah i've got A. Dah niat,cukup2 lah belajar sejarah. Kat u xnak dah. But,now. Makan diri sndiri kan. Sejarah in english. Pheww..
    Minat sejarah kan? why not nanti amik law lah dik =)

    ReplyDelete
  2. tol2...
    sokong giler...
    sape kate sejarah tu bosan...
    sejarah best .....

    ReplyDelete
  3. terima kasih semua.memang inilah realiti yang harus ditelan sekarang.

    oh yeah,memang saya berniat nak ambik law lepas spm. Insyallah..Target oversea.Tapi sekadar target..Sekarang sedang usahakan. :-)

    mmg sejarah best,zahirul. :-)

    ReplyDelete
  4. blaja jela..menuntut ilmu pon bosan ke?

    ReplyDelete
  5. ntah...
    anyway,blaja mmg best :-)

    ReplyDelete
  6. err okay. so ini dalam bahasa ringkasannye. kau memang bersetuju ke nak ajar aku sejarah?

    ReplyDelete
  7. sgt setuju ngan post ni........ so true! ^_____^

    ReplyDelete