Pages

28.5.10

Tips-Tips Untuk Berani Bercakap Depan Orang Ramai

www.tips-fb.com

Beberapa hari lepas,seorang daripada rakan baik aku bertanya kepada aku,

"Farid,camne kau boleh berani bercakap kat depan ye?"

Aku tergamam.Aku selalu menduga soalan-soalan macam tu,tetapi tak pernah pun terlintas aku nak bagi jawapan pada soalan tu.

"Entah.Tiba-tiba aku berani,aku beranilah.Kadang-kadang aku takut juga nak bercakap di hadapan."

Kawan aku tu termenung sekejap.Kemudian dia bertanya lagi, "Aku kagumlah dengan kau. Kau macam tak pernah takut dengan orang."

Jawapan tu buat aku lagi tekedu. "Lailahaillah...Kan aku cakap,kadang-kadang aku takut juga bila bercakap dengan orang.Bukan senang nak dapat keyakinan."

"Tapi selalunya,kau ada aje poin yang nak cakap kan?Bahasa kau pun tersusun.Kau buat camne? Aku...aku sebenarnya nak jadi macam kau.Boleh bercakap depan orang ramai. Ni bila aku bercakap,orang tak faham apa yang aku cakap.Lagi teruk,aku sendiri pun tak tahu apa yang aku cakap.Tolonglah bagi aku tips."

Ah sudah!Getus hati aku.Aku pun merewind kembali macam mana asalnya aku mampu berhadapan dengan orang ramai.Memang susah sebab aku pun tak tahu bila aku mampu bercakap.

"Sebenarnya,aku memang dilahirkan untuk bercakap.Kau pun dilahirkan untuk bercakap."

"Eh,tapi aku tak seberani kau."

"Memanglah...Tapi aku ada mulut.Kau pun ada mulut.Lidah aku satu,lidah kau pun satu. Sama je kan?Baik,sebenarnya,aku berani bercakap depan khalayak ini sebab aku dilahirkan dalam keluarga dan persekitaran yang berani menyatakan sesuatu.Masa aku kecik,aku dibesarkan dalam kejiranan yang ramai,sebaya dengan aku.Walaupun masa tu aku tiada adik lagi,aku ada ramai kawan lelaki dan perempuan.Teman sepermainan.Dari situlah aku mula berkomunikasi dengan pelbagai jenis orang.Oleh sebab keadaan aku yang selalu berkomunikasi itu,secara tidak langsung,aku sudah mula yakin dengan diri bahawa aku ini diterima oleh orang ramai.Dan sebab itulah,aku sangat yakin bila aku bercakap di hadapan tanpa gentar.

Tapi itu tidak mencukupi.Aku jadikan beberapa orang pemimpin dan personaliti untuk dijadikan model.Apabila mereka bercakap,aku akan tiru gaya percakapan diorang.Secara tak langsung, cara aku bercakap sedikit advance daripada orang lain sebab aku mencontohi orang yang jauh lebih tua dari usia aku.

Tapi jangan lupa,aku banyak kali buat kesilapan ketika bercakap di hadapan.Kesilapan itu aku tidak ambil sebagai racun,tetapi sebagai pembinaan untuk aku bercakap dengan lebih baik. Aku pernah dikutuk kerana cakap terlalu over,bahasa yang tidak sesuai dan suka menjerit-jerit. Itu sudah jadikan pengajaran bagi aku.Aku takkan ulangi kesilapan macam tu.

Satu lagi,aku ni lebih suka membaca berita semasa dan sejarah berbanding buku ilmiah yang statik.Semuanya akan merefresh kepala otak aku untuk bercakap."

Panjang lebar aku menerangkan memori cinta luka aku.Dia pun mengangguk.

"Oh,aku jarang lalui apa yang kau lalui."

"Tapi kau boleh bina.Masih sempat lagi."

"Macam mana aku nak bina?"

"Pertama,kau kena buat baik dengan semua orang dulu.Dengan berbuat baik dengan semua orang,orang akan menerima kau.Dari situlah timbulnya keyakinan untuk bercakap dengan 'lebih'.

"Kedua,kau kena cari model.Kau boleh jadikan orang-orang ternama yang hidup lagi sebagai contoh cara kau bercakap.Kemudian,kau tirulah dia.Tiru sikit-sikit.Nilai diorang, apa gaya yang sesuai,macam mana nak susun ayat,stail bercakap,gaya tangan, sikap atas pentas, semuanya kena ambil kira.

"Ketiga,jangan terus ke hadapan.Takut nanti kritikan akan membunuh diri kau. Kau kena slow down dulu.Kau bercakap-cakap depan junior.Bagi nasihat depan diorang.Kalau gemuruh sangat, kau bagi nasihat kat depan lima enam orang.Lepas tu,kau nasihat pula kat berbelas-belas orang. Lama-lama,kau boleh berani untuk bercakap dengan orang sebaya dengan kau.Dan kau juga boleh bercakap depan orang yang lagi tua.

"Keempat,kau kena banyak membaca.Bacalah surat khabar.Aku faham,berita-berita dalam surat khabar kadang-kadang membosankan sebab kita tak faham apa isu yang sedang ditulis. Sebab tu kau kena banyak bertanya.Bacalah buku-buku yang berbentuk infomasi.Kemudian, apa yang kau baca tu,kau boleh jadikan poin bila kau bercakap di depan.

"Kelima, kau jangan lemah semangat bila dengar kritikan.Macam aku cakap tadi,aku banyak kali dikritik dan sampai sekarang aku dikritik.Tapi aku tak anggap benda tu satu ejekan. 'lantaklah... diorang tu pun bukannya pandai bercakap.lagi teruk dari aku agaknya.kalau diorang kritik aku,aku akan buktikan yang aku lebih baik daripada apa yang diorang kritik'.Jangan risau,orang yang kritik kau tu pun sebenarnya bukannya terer sangat.Malah,ada yang lagi teruk daripada kau.

"Keenam,kau kena banyak berdoa.Sebelum memulakan majlis kena baca doa penerang hati dan pemudah urusan.Sebelum nak habis bercakap pun,kena berdoa dan memohon maaf kat semua orang.Kau kena ingat,semua urusan kita ni Allah yang kawal.Jadi,kita kena minta pada Dia supaya Allah kawal urusan kita dengan lancar dan mudah.Faham?"

Kawan aku tu mengangguk.Dia termenung sebentar.Kemudian dia tersenyum.

"Betul juga kan.Aku rasa,aku akan buat tips yang kau bagi.Terima kasih,Farid."

"Sama-sama."

"Aku dah tahu siapa yang aku nak jadikan model."

"Siapa?Aku ke?"Aku ketawa.

"Tak.Cikgu Sejarah kita."

Aku tergelak sambil menepuk meja.



(Kalau nak tahu siapa model aku dalam bercakap-cakap ni,sila ke link http://akumelayuislam.blogspot.com/2010/02/inspirasi.html dia adalah salah seorang)

No comments:

Post a Comment